Saturday, January 3, 2009

Fertigrasi CILI di belakang rumah

Lihat projek Fertigrasi yang dihasilkan dibelakang rumah

KLIK SINI

4 kilogram setiap pokok

Suhaimi yang bertindak sebagai ketua projek tanaman cili jenis "kulai" yang di usahakan telah memberi pendapatn lumayan kepada mereka.

"Ketika ini sebanyak 9,000 pokok cili di tanam dan berbuah lebat yang menghasilkan kira kira empat kilogram setiap pokok," katanya.

Cili Kulai yang dihasilkan di projek ini dijual secara borong dengan harga pasaran iaitu antara RM3 hingga RM4 sekilogram.

klik SINI

Friday, January 2, 2009

Pembekal Cili Merah

Bagi pihak yang memerlukan bekalan cili merah jenis kulai, pihak kami mampu mengeluarkan hasil sehingga 3 tan sehari. Lokasi, Klang.
Harga antara RM 4.50 - RM 5.00 per kg bergantung pada jumlah tempahan.

Boleh hubungi saya, Azlan 012-9277150.

Terima kasih.

Budi Niaga Resources.
-----

NAMA : MOHD AZLAN BIN MOHD SIDEK
SYARIKAT : BUDI NIAGA RESOURCES
ALAMAT : NO 27 JALAN AMAN PERDANA 3G/KU5 41050 KLANG SELANGOR
EMEL : azlanina@yahoo.com
HUBUNGI : 0129277150
LAMAN WEB : www.budiniagaresources.blogspot.com

Untung, Rugi dan Aliran kewangan tanaman CILI

Nama Tanaman : Cili Merah
Nama Botani : Capsicum frustescens
Jarak Tanaman : 100 sm X 100 sm
Kepadatan Tanaman : 9,000 pokok/ha
Keluasan Tanaman : 1 hektar
Jangkamasa Memungut Hasil : 75 Hari

KLIK SINI untuk senarai lengkap

Pengiraan keuntungan dari pelayar

[...] baiklah...saya lebih suka mengira berdasarkan worst case scenario di mana bagi semusim :
1)jangka hayat sepokok sejak disemai ialah 7.5 bulan
2)hasil dikutip selama 4 bulan bermula bulan ke 3.5 hingga ke 7.5
3)hasil bagi sepokok semusim minimum 2kg

berapa kosnya???...

- Kos Operasi bagi 4000 pokok semusim ialah RM 11 919.12.
- ini bermaksud kos operasi sepokok semusim ialah RM2.98.
- ini juga bermaksud kos bagi se KG yang dihasilkan ialah RM1.49.
- untuk makluman, mengikut kajian Jabatan Pertanian, kos bagi se KG yang dihasilkan secara tradisional di atas tanah ialah RM1.32.
- maka dengan itu jika anda menjual satu KG cili di bawah harga RM1.49, maka anda mengalami kerugian.

berapa untungnya???...
- harga cili mengalami naik-turun mengikut musim tetapi pada kadar yang mendadak.
jika harga ladang bagi cili merah mencecah RM7.50 seKG, maka :
JUALAN
4000 pokok X 2KG = 8000KG
8000KG X RM7.50 = RM60 000

JUALAN - KOS
RM60 000 - RM11 919.12 = RM48 080.88

UNTUNG BULANAN
RM48 080.88 / 7.5 = RM6 410.78
WOW!! bestnyer....
jika harga ladang bagi cili merah hanya RM0.70 seKG, maka :
JUALAN
4000 pokok X 2KG = 8000KG
8000KG X RM0.70 = RM5 600

JUALAN - KOS
RM5 600 - RM11 919.12 = RM-6 319.12

UNTUNG BULANAN
RM-6 319.12 / 7.5 = RM- 842.55
Rujukan SINI

Cili Merah (Capsium annuum)


Cili merah merupakan sejenis cili berisi tebal berwarna merah atau hijau dan mengeluarkan hasil sepanjang tahun. Ia mengeluarkan bunga kecil yang bertukar menjadi buah pada setiap ranting daun.

Cili merah kaya dengan vitamin C, vitamin A dan zat-zat galian seperti besi, kalsium, fosforus, sodium dan potasium. Sayuran ini dikatakan bernilai dari segi kesihatan untuk meredakan kesakitan yang ada kaitan dengan kegemukkan. Ia juga baik untuk pengedaran darah dan boleh mengatasi masalah sakit kerongkong. Cili merah mengandungi sejenis bahan yang menghalang sel-sel darah daripada bergumpal dan sekaligus menghalang sejenis penyakit darah beku yang dikenali sebagai trombosis

Anggaran Pendapatan

1. Di Ladang

  • Cili boleh dipetik 8 minggu selepas diubah ke ladang.
  • Punggutan hasil dibuat setiap 3 atau 4 hari.
  • Anggaran hasil dari kawasan 50 m persegi ialah 100 - 200 kg.
(a) Cili Hijau
Harga - RM5 - RM8
Pendapatan kasar - RM400 - RM1200


(b)

Cili Merah
Harga - RM5 - RM8
Pendapatan kasar - RM500 - RM1600

RUjuk SINI

Di Ladang – Cili boleh dipetik selepas 8 minggu dubah ke ladang. Pungutan dibuat setiap 3 atau 4 hari. Anggaran hasil dari kawasan 50 m (500 kaki) persegi ialah 100 – 200 kg.
a) Cili Hijau – Anggaran harga antara RM4 – RM6 sekilo
b) Cili Merah – Anggaran harga antar RM5 – RM8 sekilo.
Dalam Pasu atau Bekas – Cili boleh di petik selepas 12 minggu ditanam. Anggaran hasil ialah 6 hingga 10kg sepokok. - Rujukan SINI

Note
Jika merujuk kepada kenyataan di atas - Sebulan kutipan 10 kali dan setiap kutipan 100 - 200kg.
Bermakna, 1000kg ke 2000 kg sebulan. Menjadikan jumlah hasil jualan [1500 x RM4.00/kg] = RM6000 sebulan. untuk keluasan lebih kurang seekar tanah.