Friday, January 2, 2009

Menyediakan Anak Benih

Bagi tanaman di ladang, sediakan kotak semaian berukuran 45 cm (18 inci panjang, 22 cmm (9 inci) lebar dan 10 cm (4 inci) tinggi. Isikan kotak semaian dengan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir. Semai 5 gm biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah. Jarak tanaman ialah 5 cm (2inci) antara baris dan 2 cm (1 inci) antara pokok. Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari. Kotak semaian mesti dilindungi daripada cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan. Ubah anak benih ke ladang 3 hingga 4 minggu selepas disemai. Sebelum diubah ke ladang, dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya.

No comments:

Post a Comment