Showing posts with label Kaedah penanaman. Show all posts
Showing posts with label Kaedah penanaman. Show all posts

Friday, January 2, 2009

Memungut Hasil


(1) Di Ladang

Cili boleh dipetik 8 minggu selepas diubah ke ladang. Pungutan hasil dibuat setiap 3 atau 4 hari. Anggaran hasil dari kawasan 50 m (400 kaki) persegi ialah 100 - 200 kg.
(a) Cili HIjau

Harga ialah antara RM4.00 ke RM6.00.
Pendapatan (kasar ialah antara RM400.00 ke RM1,200.00.

(b) Cili Merah

Harga ialah antara RM5.00 ke RM8.00.
Pendapatan kasar ialah antara RM50.00 ke RM1,600.00
(2) Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
Mulalah memetik buah 12 minggu selepas ditanam. Anggaran hasil ialah 0.8 hingga 15 kg sepokok.

Wednesday, December 31, 2008

Panduan Penanaman Cili

Penyediaan Kawasan

  • Meletakkan Sungkupan
  • Penyemaian dan Penyediaan Anak Benih
  • Pengubahtanaman
  • Penyiraman
  • Pembajaan
  • Pengawalan Rumpai, Perosak Tanaman dan Penyakit
  • Pungutan Hasil
  • Penyediaan kawasan

  • Pengapuran – dilakukan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pengubahtanaman. Untuk tanah gambut dan berasid, pengapuran pada kadar 2 tan/ha setahun. Untuk tanah berasid yang sangat rendah (pH 3.5 –3.7), pengapuran pada kadar 10 – 25 tan/ha setahun.
  • Penyuburan tanah – tambahkan najis haiwan pada tanah berpasir & tanah liat
  • Seterusnya DI SINI


    Jarak Tanaman
    Jarak tanaman merujuk kepada tumbesaran pokok pokok.

    Sekiranya tanaman di atas tanah ..
    Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm (6-19 inci). Sediakan batas berukuran 1.2m (4 kaki) lebar dan 22 hingga 30 cm (9-12 inci) tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 45 cm (1.5 kaki).

    • Di Ladang – Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm ( 6-19 inci). Sediakan batas berukuran 1.2m (4
    • kaki) lebar dan 22 hingga 30 cm (9-12 inci) tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah
    • 45 cm (1.5 kaki). Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25kg bagi 50 meter persegi (500 kaki persegi) kawasan.
    • Dalam Pasu atau Bekas – Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau
    • kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm (2 inci) dari permukaan
    • pasu. Rujuk SINI

    Pemindahan Benih ke Batas

    Gambar campuran sekam dan sabut, cilok dari blog SINI

    waktu ptg..(kaedah ni aku praktik sndiri)sebelum tanam celup skit bhg akar pkk tu samada dgn air baja/air kosong/racun kulat..skrg ni aku suka celup rcun kulat sebab % anak yg kn bruk pangkal menurun secara mendadak..dr 10% ke 0%..menjaD la kut

    kalau nak pindah anak elok pindah waktu petang...proses penyesuaian suhu....sbb anak pokok kurang terdedah kepada panas

    lepas subuh: siram pokok, boh baja..

    sekitar zuhur (sebelum dan sesudah) : buat maintenance, check semaian, tidur hehe..

    sebelum asar : ready nak solat asar..

    lepas asar: ready batas/polibeg pastu pindahkan pokok, meracun

    pindah ke pilibag ladang/batas lpas asar, sehari sbelum pindah jangan siram tray tu, biar akar dan media kering sikit, kalu cungkil keluar anak, media tak pecah, akar tak rosak, kalu basahkan sebelum transfer media bertrabur dan akar putus dan terdedah, sebahagian media lekat pada compartment wall-sebab tu akar putus. siram baja starter cairan MAP 5gm/lit untuk development akar atau cairan npk 20-20-20 5gm/lit sebanyak 250ml/pk untuk 2 -3 hari pas tu baru blh bagi baja fertigasi biasa ec 1.5 ( baja starter pun blh pakai drip jugak - 3 kali injek -8am, 12/1pm 5/6pm 100ml sekali injek(polibag) 200ml(batas tanah)

    PPenyediaan Benih Cili KLIK SINI

    Ilmu penting pertanian CILI

    Bila dah buat keputusan untuk tanam cili, kenalah belajar/ilmu

    1. benih bermutu
    2. cara semai benih & penjagaan anak pokok
    3. cara mana nak tanam (fertigasi atau batas tanah)
    4. pembajaan
    5. penjagaan pokok dewasa
    6. mengenal penyakit pokok/musuh perosak
    7. cara kawalan penyakit/musuh perosak
    8. penjarangan daun pokok
    9. cara ikat pokok
    10.cara mengendali racun makhluk perosak
    11.pasaran
    12.pengendalian lepas tuai
    13. dll

    fertigasi sabak agro pam utk maksimun 20-30 polibeg
    ok...dah dapat reply dari sabak agro...dieorg ckp...dieorg dah try...takat 20-30 bag x de masalah..
    Polibeg Putih 16x16 / kg RM8.10
    Anda boleh membeli dalam kg. 1 kg = 35 helai
    Polibeg Putih 16"x16" (21.5cmx21.5cmx40cm (Panjang x Lebar x Tinggi))

    HARGA TIDAK TERMASUK PENGHANTARAN

    Rujukan :Kos penghantaran sehingga 35 helai = RM 7.50
    cocopeat dan sekam padi

    Info harga silver shine

    -RM60.00 segulung (250m panjang x 4kaki lebar)
    -boleh dapat kat kedai racun/alat alat pertanian

    Untuk persediaan dan material bagi menjalankan kaedah FERTIGASI ... KLIK SINI

    Rumah lindungan hujan (rain shelter)

    a) baja cecair x akan neutral apabilae air hujan masuk dlm polybag.
    b) mengelak racun hilang ( 4 jam meresap kat pokok)
    b) mengelak penyakit akibat asid dari hujan tu...nanti pokok kena magrain.

    atasi masalah ini :
    a) baja n racun semula.
    b)Jirus pokok n daun guna host (host basuh kete) utk buang asid yg kita tidak kelihatan

    kegunaan plastik silvershine
    -menutup tanah agar rumput tak dapat tumbuh di sekitar batas tanaman.
    -plastik tersebut juga akan dapat mengekalkan kadar kelembapan tanah di bawah plastik -dapat mengurangkan kerja penyiraman.
    -memantulkan cahaya matahari kepokok agar proses fotosentisis berjalan lancar.
    -menghalau serangga seperti thrip/aphid dengan memantulkan cahaya ke mata

    SISTEM PENGAIRAN

    sistem pengairan miracle sistem terdiri daripada 3 bahagian.
    1.semburan air ke dalam polybag (menggunakan semburan tekanan tinggi bagi mencairkan baja ketul)
    2.semburan air ke udara (semburan ini juga bertekanan tinggi bagi mengurangkan suhu panas)
    3.sistem venturi ( sistem ini adalah untuk mengalirkan AF-HUMIC ke pada setiap polybag secara mudah,cepat & ringkas)

    Struktur ladang

    MIRACLE SISTEM (sila rujuk --> fertigasi.blogspot.com)
    kaedah ini menggunakan konsep pembajaan & racun organik.
    media = campurang sekam wap + sekam kuning + baja kompos + baja asas + topsoil
    miracle sistem mempunyai set pembjaan dan set racun yang tersendiri

    Menyediakan tapak KLIK SINI

    Kaedah pemindahan benih

    1. gembur & buat lubang untuk anak pokok
    ( saiz lebih kurang sama dgn saiz corong tray, kedalaman tidak lebih dari ketinggian corong tray
    2. picit sedikit bahagian bawah corong tray untuk melonggarkan anak pokok yang hendak dipindah
    3.pegang pangkal anak pokok dan tarik keluar perlahan-lahan (jika gagal ulang langkah 2)
    4. letak kan anak pokok ke lubang (pastikan akar berserta holland peat yang melekat terletak secara baik)
    5. kambus lubang tersebut ( tidak perlu timbus pangkal anak pokok)
    6. gunakan tapak tangan tekan sedikit sekali di bahagian kiri kanan anak pokok

    Kaedah semaian BENIH CILI .... DI SINI