Showing posts with label Pedapatan. Show all posts
Showing posts with label Pedapatan. Show all posts

Saturday, January 3, 2009

4 kilogram setiap pokok

Suhaimi yang bertindak sebagai ketua projek tanaman cili jenis "kulai" yang di usahakan telah memberi pendapatn lumayan kepada mereka.

"Ketika ini sebanyak 9,000 pokok cili di tanam dan berbuah lebat yang menghasilkan kira kira empat kilogram setiap pokok," katanya.

Cili Kulai yang dihasilkan di projek ini dijual secara borong dengan harga pasaran iaitu antara RM3 hingga RM4 sekilogram.

klik SINI

Friday, January 2, 2009

Pengiraan keuntungan dari pelayar

[...] baiklah...saya lebih suka mengira berdasarkan worst case scenario di mana bagi semusim :
1)jangka hayat sepokok sejak disemai ialah 7.5 bulan
2)hasil dikutip selama 4 bulan bermula bulan ke 3.5 hingga ke 7.5
3)hasil bagi sepokok semusim minimum 2kg

berapa kosnya???...

- Kos Operasi bagi 4000 pokok semusim ialah RM 11 919.12.
- ini bermaksud kos operasi sepokok semusim ialah RM2.98.
- ini juga bermaksud kos bagi se KG yang dihasilkan ialah RM1.49.
- untuk makluman, mengikut kajian Jabatan Pertanian, kos bagi se KG yang dihasilkan secara tradisional di atas tanah ialah RM1.32.
- maka dengan itu jika anda menjual satu KG cili di bawah harga RM1.49, maka anda mengalami kerugian.

berapa untungnya???...
- harga cili mengalami naik-turun mengikut musim tetapi pada kadar yang mendadak.
jika harga ladang bagi cili merah mencecah RM7.50 seKG, maka :
JUALAN
4000 pokok X 2KG = 8000KG
8000KG X RM7.50 = RM60 000

JUALAN - KOS
RM60 000 - RM11 919.12 = RM48 080.88

UNTUNG BULANAN
RM48 080.88 / 7.5 = RM6 410.78
WOW!! bestnyer....
jika harga ladang bagi cili merah hanya RM0.70 seKG, maka :
JUALAN
4000 pokok X 2KG = 8000KG
8000KG X RM0.70 = RM5 600

JUALAN - KOS
RM5 600 - RM11 919.12 = RM-6 319.12

UNTUNG BULANAN
RM-6 319.12 / 7.5 = RM- 842.55
Rujukan SINI

Anggaran Pendapatan

1. Di Ladang

  • Cili boleh dipetik 8 minggu selepas diubah ke ladang.
  • Punggutan hasil dibuat setiap 3 atau 4 hari.
  • Anggaran hasil dari kawasan 50 m persegi ialah 100 - 200 kg.
(a) Cili Hijau
Harga - RM5 - RM8
Pendapatan kasar - RM400 - RM1200


(b)

Cili Merah
Harga - RM5 - RM8
Pendapatan kasar - RM500 - RM1600

RUjuk SINI

Di Ladang – Cili boleh dipetik selepas 8 minggu dubah ke ladang. Pungutan dibuat setiap 3 atau 4 hari. Anggaran hasil dari kawasan 50 m (500 kaki) persegi ialah 100 – 200 kg.
a) Cili Hijau – Anggaran harga antara RM4 – RM6 sekilo
b) Cili Merah – Anggaran harga antar RM5 – RM8 sekilo.
Dalam Pasu atau Bekas – Cili boleh di petik selepas 12 minggu ditanam. Anggaran hasil ialah 6 hingga 10kg sepokok. - Rujukan SINI

Note
Jika merujuk kepada kenyataan di atas - Sebulan kutipan 10 kali dan setiap kutipan 100 - 200kg.
Bermakna, 1000kg ke 2000 kg sebulan. Menjadikan jumlah hasil jualan [1500 x RM4.00/kg] = RM6000 sebulan. untuk keluasan lebih kurang seekar tanah.

Harga jualan CILI

[...] Kini tiba masa untuk cili pulak keluarkan hasil....kutipan pertama setelah disedekahkan kat jiran n sedara ada la dalam 3 kg....1 kg dipek 200gram n dijual dengan rega RM1.80 n lagi 2 kg ditolak kat kedai runcit dengan rega RM6.00 sekg.

butiran lanjut DI SINI

4400 pokok hasilkan 100 Kg

700 pokok KULAI TEMPATAN
  • setiap hari buah-buah cilinya harus dituai di mana sehingga kini setiap hari menghasilkan 20KG.
  • Sehingga 2 hari lepas, hasil tuaian dijual pada harga RM6.50 sekilo
  • RM8.00 sekilo mengikut harga borong semasa.
  • Berikut adalah gambar hasil tuaian bagi satu hari :
  • Gibberellic Acid baru sahaja digunakan bermula Ahad lepas, hasilnya mungkin hanya mula jelas kelihatan selepas 1 bulan.
  • 4400 pokok tersebut dijangka mampu menghasilkan sebanyak 100KG setiap hari menjelang awal November 2007 di mana harga ketika itu adalah RM10.50 sekilogram.

Pendapatan Kasar CILI Fertigasi

Pendapatan kasar sebulan paling minima utk 2000 pkk

sebiji cili beratnya 10 gram
Kalau sepokok leh petik 4 biji sehari---> 40 gram
Kalau 2000 pokok….80 000 gram---> 80 kg
Harga ladang---> 1 kg = RM 6.00
Utk sekali petik---->80kg X RM6.00 = RM 480
Jadual petik selang 3 hari---> 10 x RM480

Jadi anggaran pendapatan kasar sebulan adalah RM 4800.00
Untuk 2,000 pokok, jumlah pendapatan RM4,800.00