Showing posts with label Penjagaan. Show all posts
Showing posts with label Penjagaan. Show all posts

Friday, January 2, 2009

Baja Fertigasi untuk Cili


cerita lanjut DI SINI

Pembajaan

Tanaman komersial biasanya memerlukan pembajaan yang mudah tetapi lengkap nutrien. Kebanyakan pengusaha menggunakan baja jenis A dan B. Lain jenis tanaman, lain komposisi bahan kimia.

Bagi tanaman cili, kami mempunyai campuran tersendiri supaya tanaman mengeluarkan hasil dengan cepat dan baik. Tahap rintangan terhadap penyakit juga tinggi.

Kami sediakan baja A dan B dalam tong yang berasingan.

Apabila diperlukan, campuran baja A dan B akan dicampurkan ke dalam air yang sedia ada di dalam tangki utama. Seterusnya, air akan dialirkan ke tanaman mengikut waktu yang telah ditetapkan. Rujuk - SINI

PENJAGAAN

Menyiram

  • Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan.

Membaja
(1) Di Ladang

Tabur baja NPK Blue Special (12:12: 17:2) di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10 gm sepokok setiap dua minggu.

(2) Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain

Tabur sebanyak 1 sudu teh atau 5 gm baja NPK Blue Special (12:12 17:2) sepasu di keliling pokok setiap minggu.
Sungkupan
(1) Di Ladang

Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan.

(2) Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain

Gunakan rumput-rumput kering.
Merumput
  • Bersihkan batas daripada rumpai dengan menggunakan tanah, cangkul atau tajak. Bagi tanaman dalam pasu cabut rumpai untuk mengawalnya.
  • Kawalan Serangga dan Penyakit
  • Sembur racun serangga dan kulat jika perlu.

Wednesday, December 31, 2008

Menghalang serangga

Untuk menghalang serangan serangga gunakan neem oil pada awal lagi dan guna baja foliar organik

cara nak buat campuran untuk 10 liter :

-1 liter air + 10 ml cecair cuci pinggan + 50 ml neem oil
Mr Subra camna..013-4305982

-kacau campuran tersebut
-campur campuran diatas dengan 9 liter air dan kacau.
-10 liter semburan siap untuk digunakan.

sembur pada waktu petang. jangan sembur pada panas terik.

campuran kena kacau selalu sebab minyak tu akan naik atas. kalu guna tong galas tiada masalah sebab air tu sentiasa bergoyang. campuran tu mesti di gunakan dalam masa 8 jam selepas di sediakan.

nijangs

tak dok kat kelate tapi hulu selangor, keja di bangi. confirm sukatan copper hdroxide tu 20g/10 lit air untuk sayur cili sebab tak power sangat kelasII saja ( kocide 101 )

KLIK SINI untuk lihat usaha petani

Racun Kulat Musim Hujan

racun kulat yang digunakan waktu musim hujan adalah seperti berikut:

-Ancom(mencozeb)
-M45 (Mancozeb)
-Topsin M
-Topside 70
-Rizolex(untuk reput akar)
-Cupraxat(cecair warna biru)
-previcur(cecair, mahai skit,tp rega x ingat)

Semua racun adalah serbuk dan berharga bawah rm 20 kecuali cupraxat rm 30-35.Racun ni aku selang selikan penggunaan dia bersama racun serangga dan diracun 3-4 hari begantung pada keadaan cuaca.

Penyakit

Penyakit cili dan penyelesaian

buah cili saya tu kat hujung dia macam terbakar jadi warna putih banyak jugak yg buah dia kena serang cam tu.... mcm kena bakar lak... merekot bawah dia....

klu jwapan nya pucuk ok taP hujung buah je gitu..aku suspect antraknos

cara:
ranting pokok ada kena serang tak? tempat yg kena tu berbulu tak? tempat hang sekarang ni musim hujan ka? kalu jawapannya "YA" bermaksud pokok hang kena penyakit hawar pucuk dan penyakit ni cepat merebak keseluruh pokok. ranting akan jadi kering dan layu... aku cadangkan hang guna racun kulat AMISTAR. memang berkesan...

atau
guna koside ( cupric hydroxide ) sekarang dah ok suma, dah tak busuk lagi.
jenis tepung (20gm/10 lit air )
mancozeb,antracol,topsin
Amistar mahai sangat,rm 180 sebotoi(250ml kot).

kalu pakai cooper tue,jgn campur racun serangga hat len,nnt daun terbakaq(guguq) dan jgn pakai selalu.

Racun serangga aku pakai hat besa ja mcm avimec 018(abemectin),
pengasus n solecron 500.Aku x pakai vita pasai dia busuk,nnt jiran komplen.

Dan amaran aku kat hgpa,jgn sesekali sentuh racun hat mai dr Siam!!racun tu org pangey kicap,pekat macam ayaq gula,rega dlm rm 120.Sekali kena,attack trus hati.mmg la ok,tp 10 thn lg,rasa la azab sakit dia!!Racun tu di larang bawa masuk Mesia.(Cameron pakai racun ni la secara haram)

Penjagaan dan Pengawalan

SET KAWALAN
iaitu set AF 1 ..... AF 9 (terdapat 9 jenis semburan kawalan)
semburan ini dilakukan 5 hari sekali mengikut turutan.
bermula dari AF 1 .. AF 2 sampailah AF 9 kemudian diulang kembali

SET PEMBAJAAN
iaitu baja ketul ( baja tulin) dan AF-HUMIC(penggalak bakteria)

Bahan kimia untuk buat set baja A dan B
1)Calcium Nitrate 25KG = RM55
2)Iron Chelate (EDTA) 1KG = RM42
3)Potassium Nitrate 25KG = RM70
4)Mono Potassium Phosphate 25KG = RM155
5)Magnesium Chelate 25KG = RM27.50
6)Manganese Chelate (EDTA) 1KG = RM42
7)Hybor 0.5KG = RM14 <<
8)Zink Chelate (EDTA) 1KG = RM42
9)Copper Chelate (EDTA) 1KG = 4
10)Ammonium Molybdate 0.5KG = RM190
11)Boron 25KG = RM50

Kawalan Serangga secara kimia
  • malathion,cypermethrin,deltamethrin, dll
  • hama,kutu daun,lelompat daun, rama2 putih,ulat ratus- pegasus,
  • sembur atas dan bawah daun sebab seranggan ni bertelur dan bersarang di bawah daun.
  • kulat (anthracnose, hawar pucuk,,bintik daun)
  • -mancozeb, amistar,topsin M,antracol dll.
  • -cara penggunaan kena ikut arahan label.
  • -selepas 2-3 kali semburan kena tukar racun lain sebab takut serangga atau kulat jadi rintang.
Imej - PAM RACUN ... KLIK SINI

tips untuk mengawal serangan lalat buah:
-lalat buah ni serang buah cili yang masak dan muda.
-kerosakan boleh mencapai 60-80%
-tanda kerosakan buah ialah buah menjadi berair lembik,busuk dan gugur. jika koyak =-larva (ulat) dalam buah yang berwarna kuning. luar buah ada tanda bintik kena cucuk.
rupa lalat buah ni warna kuning belang hitam. sayap dia lut sinar.
serangan boleh di kesan 3 minggu selepas putik keluar.

cara kawalan
-kutip semua buah yang kena serang dan masukkan dalam plastik.
-guna sebatian methyl eugenol untuk menarik dan memerangkap lalat jantan. cara ini akan kurangkan kadar pensenyawaan.

cara buat perangkap
-ambil botol air mineral dan potong buat tingkap (W 2 inci dan H 1 inci).
-campur methyl eugenol dengan air kedalam botol tu dan gantung di kawasan pokok cili. lalat buah akan masuk dalam botol dan hisap cecair lalu mati.

atau:

-botol warna kuning terang (attract serangga).
-sembur dengan NEOPACE (gam) pada permukaan botol kuning tu
-gantung pada kawasan pokok cili.
-lalat buah akan melekat pada permukaan botol tu sebab NEOPACE tu ada gam.

baja organik En Rosli

AF-HUMIC sebotol dalam RM40.

perubahan pada anak pokok memang ketara.. yang kunig jadi hijau.. yang lemah nampak segar.

ada tersilap taip tadi, cairan baja tu 5gm/10lit bukan 5gm/lit, kalu 5gm/lit kong lah pk tu.
baja foliar: (naim mahmood)naim_mahmood@yahoo.com

sukatan penggunaan

Cara campuran:
20ml - 10L air.

apply dalam satu cedok(bergantung pada saiz pokok tak da masalah kalau terlebih) pada pangkal pokok. kalau tray boleh terus rendam bahagian bawah tray tu sebentar.