Wednesday, December 31, 2008

Kos, Untung dan Rugi

Buat masa ini saya melihat perkembagan pokok memang subur. tidak dinafikan ada yang mendapat serangan penyakit.

tetapi adalah terlalu awal untuk saya membuat kesimpulan. jadi ikutilah perkembagan miracle sistem di fertigasi.blogspot.com

kos fertigasi cili

Anggaran kos tanaman cili dengan fertigasi

keperluan asas fertigasi bagi 1000pk cili
1.polytank 400 gallon =RM400.00
2.pam 0.75hp =RM250.00
3.main pipe poly 32mmx100m =RM120.00
4.poly tubing 13 mmx300m =RM120.00
5.dripper(putih)1000 =RM80.00
6.nipple 1000 =RM100.00
7.media cocopeat 70 bag =RM315.00
8.media sekam bakar 70 bag =RM175.00
9.polybag 15 x 15 x 40kg. =RM300.00
10.tong baja a/b x 2 =RM70.00
11.tubing 4 mm 9 roll x 80m =RM198.00
12.silver shine 0.035mm x 250m=RM70.00
13.fitting lump sum =RM200.00
14.timer digital 1 minit cutoff =RM60.00
15.tray semai anak benih 10kpg.=RM30.00
16.benih 10 gm. =RM30.00
17.baja a/b 1 set 50kg. =RM240.00
18.disk filter 1' =RM55.00

JUMLAH DI ATAS SEMUA = + - RM2813.00
Kos luar jangka dan operation cost spt. racun, baja ulangan dll.
Pembajaan baja asas fertigasi

Penggunaan bagi 1000 pokok
baja fertigasi ada 2 jenis yang diperlukan iaitu set A dan set B,
'pakej siap lengkap' -set A 24KG dan satu beg set B 24KG -RM160.
Penyediaan campuran set A dan set B
menyimpan air baja dalam satu tong 2700 liter (600 gelen).
Bancuhan pati baja Set A akan dibancuh dalam satu tong air 100 liter
dan bancuhan pati baja Set B akan dibancuh dalam satu lagi tong air 100 liter.
100 liter pati baja Set A - RM49.08
100 liter pati baja Set B- RM65.84.
Jumlah RM114.9262
Bagi satu tangki air 2700 liter (600 gelen)- 12 liter A + 12 liter B
Bacaan EC 1.9 dan PH 6.9.
Anggaran tempoh kegunaan tangki 600 gelen (2700liter) adalah 5 hari
Dalam 1 bulan pengisian sebanyak 5 ½ kali

100% sabut kelapa, setiap pokok memerlukan 0.5 liter air baja setiap hari, maka bagi 1000 pokok kita memerlukan 500 liter air baja setiap hari
kos baja Set A + baja Set B bagi tanaman 1000 pokok/30 hari
= RM114.9262 / 100 liter X (66.72 liter)
= RM76.68

Rujukan - SINI

No comments:

Post a Comment