Wednesday, December 31, 2008

Asal usul CILI Fertigasi

Cili ialah sejenis sayuran berbuah yang popular di kalangan penduduk Malaysia. Ia dipercayai berasal dari Mexico dan America Selatan, tetapi sekarang ditanam disemua negeri beriklim tropika. Cili yang dikenali juga sebagai lada atau cabai, kebanyakan ditanam di kawasan tanah rendah.
  • Di Semenanjung Malaysia, kawasan-kawasan pengeluar terutama cili ialah Perak, Johor dan Kelantan - Rujukan

Fertigasi berasal dari dua perkataan Inggeris iaitu fertilization dan irrigation . Sistem Fertigasi adalah salah satu daripada cabang hidroponik yang antara lainnya ialah seperti Sistem Titis Mikro , Hidroponik Aliran Dalam , Hidroponik Aliran Cetek , Hidroponik statik , Aeroponik dan Pemercik Mikro.

Sistem Fertigasi sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah dan berdaun seperti tomato , timun jepun , cili merah , terung , melon, cili sayur , strawberi dan juga pokok hiasan . Ringkasnya , sistem tanaman ini adalah sangat sesuai untuk tanaman yang bernilai tinggi di pasaran .

Tanaman Sistem Fertigasi bertujuan untuk mengelakkan serangan penyakit akar yang disebabkan oleh serangga kulat seperti pythium ,fusarium,rhizoton dan juga penyakit layu bacteria yang berpunca daripada tanah .

Kelebihan Sistem Fertigasi antaranya pokok diberi baja dengan sukatan dan masa yang ditetapkan tanpa pembaziran.Baja terus diberi kapada zon akar supaya mudah diserap oleh pokok. Dalam Sistem Fertigasi beberapa peralatan digunakan bagi tujuan mengawal serangga perosak dan merumput dengan membuat Rumah Lindungan Hujan dan juga jaring kalis serangga.Kaedah ini menyebabkan tenaga buruh dapat dijimatkan.Sistem ini juga tidak menggunakan tanah.

Beberapa media digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah saperti cocopeat,sekam padi,rootwool,perlite,zeolite dan juga vermiculate dalam kaedah tanaman fertigasi.Cocopeat dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harga murah dan ringan mudah digunakan.

Peralatan atau kompenan yang diperlukan dalam sistem fertigasi adalah saperti tangki,tong stok nutrient,pam,paip poly atau pvc.Dripper,mini tubing,tubing,timer dan perlatan kawalan air dan baja. Dalam sistem fertigasi air baja diberi mngikut masa iaitu antara 3 – 6 kali sehari selama 5 – 10 minit. Ini bergantung kapada cuaca dan juga kawasan tanaman.

Pembinaan sistem fertigasi sekitar RM 160,000 – RM 180,000 untuk kawasan seluas satu ekar dengan muatan beg 6-7 ribu.Jumlah tanaman bergantung kepada jenis tanaman.Hasil pengeluarannya boleh mencapai empat hingga enam kali ganda dari tanaman diatas kawasan terbuka.Pulangan modal dalam sistem tanaman ini mengambil masa 3 - 4 tahun

No comments:

Post a Comment