Wednesday, December 31, 2008

Panduan Penanaman Cili

Penyediaan Kawasan

  • Meletakkan Sungkupan
  • Penyemaian dan Penyediaan Anak Benih
  • Pengubahtanaman
  • Penyiraman
  • Pembajaan
  • Pengawalan Rumpai, Perosak Tanaman dan Penyakit
  • Pungutan Hasil
  • Penyediaan kawasan

  • Pengapuran – dilakukan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pengubahtanaman. Untuk tanah gambut dan berasid, pengapuran pada kadar 2 tan/ha setahun. Untuk tanah berasid yang sangat rendah (pH 3.5 –3.7), pengapuran pada kadar 10 – 25 tan/ha setahun.
  • Penyuburan tanah – tambahkan najis haiwan pada tanah berpasir & tanah liat
  • Seterusnya DI SINI


    Jarak Tanaman
    Jarak tanaman merujuk kepada tumbesaran pokok pokok.

    Sekiranya tanaman di atas tanah ..
    Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm (6-19 inci). Sediakan batas berukuran 1.2m (4 kaki) lebar dan 22 hingga 30 cm (9-12 inci) tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 45 cm (1.5 kaki).

    • Di Ladang – Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm ( 6-19 inci). Sediakan batas berukuran 1.2m (4
    • kaki) lebar dan 22 hingga 30 cm (9-12 inci) tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah
    • 45 cm (1.5 kaki). Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25kg bagi 50 meter persegi (500 kaki persegi) kawasan.
    • Dalam Pasu atau Bekas – Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau
    • kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm (2 inci) dari permukaan
    • pasu. Rujuk SINI

    No comments:

    Post a Comment