Wednesday, December 31, 2008

Penjagaan dan Pengawalan

SET KAWALAN
iaitu set AF 1 ..... AF 9 (terdapat 9 jenis semburan kawalan)
semburan ini dilakukan 5 hari sekali mengikut turutan.
bermula dari AF 1 .. AF 2 sampailah AF 9 kemudian diulang kembali

SET PEMBAJAAN
iaitu baja ketul ( baja tulin) dan AF-HUMIC(penggalak bakteria)

Bahan kimia untuk buat set baja A dan B
1)Calcium Nitrate 25KG = RM55
2)Iron Chelate (EDTA) 1KG = RM42
3)Potassium Nitrate 25KG = RM70
4)Mono Potassium Phosphate 25KG = RM155
5)Magnesium Chelate 25KG = RM27.50
6)Manganese Chelate (EDTA) 1KG = RM42
7)Hybor 0.5KG = RM14 <<
8)Zink Chelate (EDTA) 1KG = RM42
9)Copper Chelate (EDTA) 1KG = 4
10)Ammonium Molybdate 0.5KG = RM190
11)Boron 25KG = RM50

Kawalan Serangga secara kimia
  • malathion,cypermethrin,deltamethrin, dll
  • hama,kutu daun,lelompat daun, rama2 putih,ulat ratus- pegasus,
  • sembur atas dan bawah daun sebab seranggan ni bertelur dan bersarang di bawah daun.
  • kulat (anthracnose, hawar pucuk,,bintik daun)
  • -mancozeb, amistar,topsin M,antracol dll.
  • -cara penggunaan kena ikut arahan label.
  • -selepas 2-3 kali semburan kena tukar racun lain sebab takut serangga atau kulat jadi rintang.
Imej - PAM RACUN ... KLIK SINI

tips untuk mengawal serangan lalat buah:
-lalat buah ni serang buah cili yang masak dan muda.
-kerosakan boleh mencapai 60-80%
-tanda kerosakan buah ialah buah menjadi berair lembik,busuk dan gugur. jika koyak =-larva (ulat) dalam buah yang berwarna kuning. luar buah ada tanda bintik kena cucuk.
rupa lalat buah ni warna kuning belang hitam. sayap dia lut sinar.
serangan boleh di kesan 3 minggu selepas putik keluar.

cara kawalan
-kutip semua buah yang kena serang dan masukkan dalam plastik.
-guna sebatian methyl eugenol untuk menarik dan memerangkap lalat jantan. cara ini akan kurangkan kadar pensenyawaan.

cara buat perangkap
-ambil botol air mineral dan potong buat tingkap (W 2 inci dan H 1 inci).
-campur methyl eugenol dengan air kedalam botol tu dan gantung di kawasan pokok cili. lalat buah akan masuk dalam botol dan hisap cecair lalu mati.

atau:

-botol warna kuning terang (attract serangga).
-sembur dengan NEOPACE (gam) pada permukaan botol kuning tu
-gantung pada kawasan pokok cili.
-lalat buah akan melekat pada permukaan botol tu sebab NEOPACE tu ada gam.

baja organik En Rosli

AF-HUMIC sebotol dalam RM40.

perubahan pada anak pokok memang ketara.. yang kunig jadi hijau.. yang lemah nampak segar.

ada tersilap taip tadi, cairan baja tu 5gm/10lit bukan 5gm/lit, kalu 5gm/lit kong lah pk tu.
baja foliar: (naim mahmood)naim_mahmood@yahoo.com

sukatan penggunaan

Cara campuran:
20ml - 10L air.

apply dalam satu cedok(bergantung pada saiz pokok tak da masalah kalau terlebih) pada pangkal pokok. kalau tray boleh terus rendam bahagian bawah tray tu sebentar.

2 comments:

  1. nak tanya, cik jual tak potassium nitrate tuh?
    macam mana rupa bentuknya? macam serbuk kristal seakan akan garam?
    kalau rupanya seperti yang saya sebutkan, boleh saya beli?

    ReplyDelete